Webinar Cybersecurity - Macam Mana Hacker Ambil Alih Whatsapp, Telegram & Akaun Media Sosial
24 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 24 September 2026 (Khamis), telah diadakan webinar NADIxCybersecurity bertajuk Webinar Cybersecurity - Macam Mana Hacker Ambil Alih Whatsapp, Telegram & Akaun Media Sosial yang bermula pada jam 3:00 petang sehingga jam 4:30 petang secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Seorang peserta telah menyertai webinar tersebut.
Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah yang digunakan oleh penjenayah siber untuk mendapatkan akses tanpa kebenaran ke akaun digital. Webinar ini turut menerangkan tanda-tanda akaun telah diceroboh serta langkah keselamatan yang boleh diambil untuk melindungi akaun WhatsApp, Telegram dan media sosial. Pengetahuan ini penting bagi meningkatkan kesedaran pengguna supaya lebih berhati-hati ketika menerima mesej, pautan atau permintaan maklumat peribadi dalam talian.
Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: